Thursday, May 13, 2010

Kempen Kasih Sayang

Kempen ini diberi nama ‘Kempen Kasih Sayang’ kerana kami berjalan dan bergerak di atas dasar kasih dan sayang sesama muslim. Nasihat dan dakwah Islam perlu dikongsi bersama dan disebarluaskan. Kami tidak rela melihat saudara semuslim kami terjerumus ke dalam lembah kerosakan. Atas dasar kesedaran dan kasih sayang inilah kami bergerak bersama-sama berganding bahu mencari jalan penyelesaian.

Kempen Kasih Sayang ini bertujuan memberikan kesedaran dan kefahaman menjauhi ZINA dari segenap ruang dan jalan yang boleh membawa kepada Zina. Islam melarang bukan sahaja ZINA, akan tetapi perkara-perkara yang boleh membawa kepada ZINA seperti ‘dating’, pergaulan bebas, budaya kuning, filem dan bacaan lucah dan lain-lain lagi.

Ini merupakan langkah pertama kami memberi dan menyebarkan kefahaman serta kesedaran. Kami juga ingin mengajak anda bersama-sama kami membasmi gejala ini kerana tanpa ada tindakan secara kolektif, maka sudah pasti kempen ini tidak akan berjaya mencapai matlamatnya.

Marilah kita sebarkan nasihat dan kasih sayang. Bersama menolak kemungkaran dan menyebarkan kebaikan.

Salam Hormat dari kami

SAUDARAMU SEISLAM….

No comments:

Post a Comment