Thursday, May 13, 2010

Bayi Khidmat Negara

PAPAR: Tangisan bayi pada awal pagi yang mengundang ketakutan di kalangan pelatih kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Ovai di sini, terjawab apabila menemui bayi lelaki yang baru dilahirkan rakan mereka di dalam tandas pusat berkenaan, awal pagi semalam. Bayi yang masih berdarah dan bertali pusat itu ditemui sekumpulan pelatih yang menyiasat arah tangisan berkenaan sebelum mengesan bunyi itu datang dari bilik air.

Sebaik memasuki tandas, kumpulan pelatih berkenaan terkejut melihat rakan mereka dalam keadaan tidak bermaya memegang bayi sebelum menghubungi pihak pengurusan memaklumkan perkara itu. Ketua Polis Daerah Papar, Deputi Superintendan Nik Zaidi Nik Zakaria mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan siasatan sedang dijalankan.

“Pelatih berasal dari Keningau berusia 18 tahun itu melahirkan bayi di dalam tandas kem berkenaan sebelum ditemui pelatih lain yang curiga mendengar bunyi tangisan bayi di kawasan berkenaan.

“Ibu muda bersama bayinya itu dibawa ke Hospital Papar untuk pemeriksaan lanjut dan kini dilaporkan stabil,” katanya.

Katanya, bayi lelaki cukup sifat seberat 2.63 kilogram itu juga stabil dan sedang dirawat di hospital sama.

“Siasatan awal polis mendapati pelatih itu pernah menjalin hubungan rapat dengan lelaki dipercayai kekasih yang menetap di kampungnya di Keningau.

“Ketika mendaftarkan diri di pusat latihan itu pada Mac lalu, pelatih berkenaan dipercayai sudah berbadan dua,” katanya.

Katanya, pelatih itu bijak menyembunyikan kehamilannya sehingga tidak disedari jurulatih dan rakan pelatih lain.

“Semua jurulatih mengaku tidak menyedari mengenai perkara itu sepanjang dua bulan pelatih berkenaan menjalani latihan di kem itu.

“Polis kini sedang mengesan seorang lelaki berusia 20 tahun yang boleh membantu siasatan,” katanya.

Sementara itu, Nik Zaidi turut mengingatkan pihak pengurusan PLKN melakukan pemeriksaan lebih teliti terhadap pelatihnya.

“Saya mencadangkan pihak kem PLKN melakukan ujian kehamilan ke atas semua pelatih yang bakal memasuki pusat ini pada masa akan datang.

“Langkah ini bertujuan mengelak kes seperti ini berulang selain perkara tidak diingini berlaku,” katanya.

Katanya, pihak bertanggungjawab perlu menjadi kejadian itu sebagai pengajaran dan iktibar.

"Apa akan terjadi dan bertanggungjawab jika pelatih bersalin ketika sedang mengadakan latihan lasak seperti memanjat dan sebagainya.

"Kita tidak mahu berlaku sesuatu buruk berlaku yang boleh menyebabkan nyawa pelatih dan bayi dikandungnya terancam," katanya.

Rintihan Anak Buangan

PERNAH TERLANJUR? BERTAUBATLAH…

Menyesali perbuatan dosa yang pernah dilakukannya.

Penyesalan memberikan tekad, kemahuan dan pengetahuan kepada pelakunya bahwa kemaksiatan yang dilakukannya tersebut akan menjadi penghalang dari Rabbnya, lalu ia bersegera mencari keselamatan dan tidak ada jalan keselamatan dari adzab Allah kecuali berlindung kepadaNya, sehingga muncullah taubat dalam dirinya. Oleh karena itu tidak terwujud taubat kecuali dari penyesalan, sebab tidak menyesali perbuatannya adalah dalil keridhoan terhadap kemaksiatan tersebut, seperti disabdakan Rasulullah SAW dengan maksudnya : “Penyesalan adalah taubat.”

Berlepas dan meninggalkan perbuatan dosa tersebut

Apabila kemaksiatannya adalah pelanggaran larangan Allah dan bila kemaksiatannya berupa meninggalkan kewajiban maka cara meninggalkan perbuatan dosanya adalah dengan melaksanakannya. Ini termasuk syarat terpenting taubat. Dalilnya adalah firman Allah:

“Dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah – Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengatahui.” (Qs. Al Imran:135)

Al Fudhail bin Iyaadh menyatakan: “Istighfar tanpa meninggalkan kemaksiatan adalah taubat para pendusta.”

Bersungguh-sungguh dalam meninggalkan dosa dan bertaubat.

Rahsiakan perbuatan dosa dari rakankerana menceritakan perbuatan dosa dan berbangga pula dengannya merupakan dosa besar di sisi Allah Taala.

Semua anak Adam itu melakukan kesalahan (dosa). Sebaik-baik mereka itu ialah yang bertaubat di atas dosanya.

BEBERAPA LANGKAH MENJAUHI ZINA

Menjauhi zina minda

Contohnya, jika seseorang wanita duduk berjauhan daripada seorang lelaki, tetapi mindanya membayangkan sedang melakukan perbuatan lucah dengan lelaki itu, dia ketika itu melakukan dosa walaupun secara zahirnya berjauhan daripada lelaki itu.

Menjauhi zina mata

Jika seseorang wanita melihat seorang lelaki dari jauh dengan pandangan syahwat, dia juga berdosa walaupun ketika itu lelaki itu duduk berjauhan daripadanya. Ketika itu dia melakukan “zina mata”. Sahabat Rasulullah S.A.W., Jarir bin Abdullah, pernah berkata: “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah mengenai melihat wanita dengan tidak sengaja, maka sabdanya:

“Palingkanlah pandanganmu.” (Riwayat Muslim)

Menjauhi daripada berdua-duaan

Ketika berdua-duaan, rangsangan untuk bermaksiat akan lebih kuat kerana godaan syaitan. Berhubung hal ini, Nabi barsabda yang bermaksud:
“Apabila seorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita yang ketiganya ialah syaitan.” (Riwayat Ahmad)

Amalkan membawa kawan atau teman jika ingin berbincang dengan insan berlainan jenis mengenai perkara bermanfaat.

Menjauhi daripada bersentuhan

Jika melihat seorang lelaki dengan syahwat dilarang oleh agama, maka bersentuhan kulit dengannya pasti lebih ditegah dalam agama. Dalam sebuah hadis oleh Bukhari dan Muslim diriwayatkan yang bermaksud:
“Tidak pernah tangan Rasulullah menyentuh tangan wanita melainkan yang halal baginya.”

Menjauhi Pergaulan Bebas

Jauhilah pergaulan bebas walaupun untuk tujuan ‘study group’. Adalah lebih selamat anda memilih rakan sejenis untuk ‘study group’. Keluar ke tempat-tempat membeli belah atau sebagainya bersama teman berlainan jenis adalah sangat tidak digalakkan

83 ANAK LUAR NIKAH SETIAP HARI

Setiap 17 minit seorang anak luar nikah dilahirkan di Malaysia. Dan perkara ini berlaku setiap jam, setiap hari dengan kadar yang semakin meningkat. Malangnya perkara ini bukan tajuk utama akhbar. Umat Islam di Malaysia leka dengan cerita sensasi , cerita politik, cerita artis di akhbar.

Lupa kerja dakwah, lupa ingat mengingati untuk sembahyang, lupa ke masjid. Cinta DUNIA, Takutkan MATI. Inilah Virus W1H1N iaitau WAHAN yang sedang melanda umat Islam sekarang ini. Itu yang direkodkan 83 anak luar nikah setiap hari, yang tidak direkodkan ? Jangan lupa, kita di akhirat nanti sendiri-sendiri.

STATISTIK ANAK LUAR NIKAH DI MALAYSIA

Di Malaysia, anak luar nikah dalam maksud pendaftaran kelahiran terdiri daripada kanak-kanak yang dilahirkan oleh pasangan ibu bapa yang tidak berkahwin tetapi maklumat dimasukkan ke dalam daftar dan sijil kelahiran. Pendaftaran tersebut dibuat di bawah peruntukan pendaftaran kelahiran anak tidak sah taraf.

Ada sesuatu yang luar biasa pada sijil kelahiran anak tidak sah taraf. Nombor sijil yang lazimnya tertera di bahagian kanan dokumen, dicetak di bahagian bawah. Ini menunjukkan bahawa pemiliknya tidak mengetahui ayah kandungnya.

Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa catatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari. Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!

Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran, kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.

PECAHAN MENGIKUT NEGERI

Selangor = 12,836 orang Perak = 9,788 orang
Kuala Lumpur = 9,439 orang Johor = 8,920 orang
Sabah = 8,435 orang Negeri Sembilan = 4,108 orang
Pahang = 3,677 orang Kedah = 3,496 orang
Pulau Pinang = 3,412 orang Melaka = 2,707 orang
Kelantan = 1730 orang Perlis = 691 orang
Sarawak = 617 orang Terengganu = 574 orang

JUMLAH = 70,430 orang.

Kempen Kasih Sayang

Kempen ini diberi nama ‘Kempen Kasih Sayang’ kerana kami berjalan dan bergerak di atas dasar kasih dan sayang sesama muslim. Nasihat dan dakwah Islam perlu dikongsi bersama dan disebarluaskan. Kami tidak rela melihat saudara semuslim kami terjerumus ke dalam lembah kerosakan. Atas dasar kesedaran dan kasih sayang inilah kami bergerak bersama-sama berganding bahu mencari jalan penyelesaian.

Kempen Kasih Sayang ini bertujuan memberikan kesedaran dan kefahaman menjauhi ZINA dari segenap ruang dan jalan yang boleh membawa kepada Zina. Islam melarang bukan sahaja ZINA, akan tetapi perkara-perkara yang boleh membawa kepada ZINA seperti ‘dating’, pergaulan bebas, budaya kuning, filem dan bacaan lucah dan lain-lain lagi.

Ini merupakan langkah pertama kami memberi dan menyebarkan kefahaman serta kesedaran. Kami juga ingin mengajak anda bersama-sama kami membasmi gejala ini kerana tanpa ada tindakan secara kolektif, maka sudah pasti kempen ini tidak akan berjaya mencapai matlamatnya.

Marilah kita sebarkan nasihat dan kasih sayang. Bersama menolak kemungkaran dan menyebarkan kebaikan.

Salam Hormat dari kami

SAUDARAMU SEISLAM….