Thursday, May 13, 2010

BEBERAPA LANGKAH MENJAUHI ZINA

Menjauhi zina minda

Contohnya, jika seseorang wanita duduk berjauhan daripada seorang lelaki, tetapi mindanya membayangkan sedang melakukan perbuatan lucah dengan lelaki itu, dia ketika itu melakukan dosa walaupun secara zahirnya berjauhan daripada lelaki itu.

Menjauhi zina mata

Jika seseorang wanita melihat seorang lelaki dari jauh dengan pandangan syahwat, dia juga berdosa walaupun ketika itu lelaki itu duduk berjauhan daripadanya. Ketika itu dia melakukan “zina mata”. Sahabat Rasulullah S.A.W., Jarir bin Abdullah, pernah berkata: “Saya pernah bertanya kepada Rasulullah mengenai melihat wanita dengan tidak sengaja, maka sabdanya:

“Palingkanlah pandanganmu.” (Riwayat Muslim)

Menjauhi daripada berdua-duaan

Ketika berdua-duaan, rangsangan untuk bermaksiat akan lebih kuat kerana godaan syaitan. Berhubung hal ini, Nabi barsabda yang bermaksud:
“Apabila seorang lelaki bersendirian dengan seorang wanita yang ketiganya ialah syaitan.” (Riwayat Ahmad)

Amalkan membawa kawan atau teman jika ingin berbincang dengan insan berlainan jenis mengenai perkara bermanfaat.

Menjauhi daripada bersentuhan

Jika melihat seorang lelaki dengan syahwat dilarang oleh agama, maka bersentuhan kulit dengannya pasti lebih ditegah dalam agama. Dalam sebuah hadis oleh Bukhari dan Muslim diriwayatkan yang bermaksud:
“Tidak pernah tangan Rasulullah menyentuh tangan wanita melainkan yang halal baginya.”

Menjauhi Pergaulan Bebas

Jauhilah pergaulan bebas walaupun untuk tujuan ‘study group’. Adalah lebih selamat anda memilih rakan sejenis untuk ‘study group’. Keluar ke tempat-tempat membeli belah atau sebagainya bersama teman berlainan jenis adalah sangat tidak digalakkan

No comments:

Post a Comment